Pembiayaan Umrah dan Ziarah
PEMBIAYAAN SEBANYAK RM 13,000
TANPA CAJ PERKHIDMATAN
SYARAT
KELAYAKAN
Rujuk UUK 64(a)
- Pembiayaan bagi tujuan Umrah dan Ziarah sahaja.
- Wajib mendapatkan sebut harga daripada agensi Umrah & Ziarah terlibat.
- Yuran Proses sebanyak RM 1,000.00 akan ditolak dari jumlah pembiayaan.
- Melengkapkan Borang Permohonan Pembiayaan serta dapatkan tandatangan dan cop majikan.
- Jumlah potongan gaji tidak melebihi 60% (arahan Biro ANGKASA).
- Sertakan dua salinan slip gaji untuk 2 bulan terkini (disahkan majikan)-slip gaji wajib mempunyai cetakan QR kod.
- Memuat naik semua borang-borang yang telah lengkap di laman web.
- Satu pembiayaan sahaja dibenarkan dalam satu masa.
LANGKAH MEMOHON PEMBIAYAAN
1
Isi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang yang sediakan di laman web.
2
Memuat naik semua dokumen yang telah lengkap di laman web.
3
Tekan butang hantar jika semua maklumat dan dokumen sokongan telah lengkap di isi.
Pembayaran Balik Pembiayaan Umrah dan Ziarah
- Yuran Proses sebanyak RM 1,000.00 akan ditolak dari jumlah pembiayaan.
- Pembayaran akan terus dikreditkan kepada syarikat berdasarkan sebut harga yang disertakan.
Jumlah Pembiayaan (RM) | Tempoh Bayaran (Bulanan) | Jumlah Bayaran Balik (RM) |
---|---|---|
13,000 | 12 | 1,083.50 |
13,000 | 24 | 542.00 |
13,000 | 36 | 361.50 |
Borang yang telah lengkap diisi perlu di hantar melalui e-mail ke admin@kgmb.my . Sila pastikan semua lampiran dokumen sokongan yang diperlukan disertakan bersama e-mail tersebut. Borang yang tidak lengkap dan tiada lampiran dokumen yang diperlukan akan dikategorikan sebagai gagal.