MAKLUMAT KORPORAT

Mengenai KGMB

Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad (KGMB) telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berdasarkan Akta Koperasi 1993 pada 28 April 1967. 

KGMB ditubuhkan untuk menyokong kesejahteraan ekonomi guru dengan menyediakan kemudahan pembiayaan, simpanan, dan pelaburan serta perlindungan insurans dan kebajikan. Matlamat utama adalah membantu anggota koperasi mengurus kewangan secara berdisiplin, memberi sokongan kewangan dalam situasi kritikal, dan menggalakkan kejayaan pendidikan.

23,000+

Anggota

RM60M+

Yuran & Syer Terkumpul

RM4M+

Jumlah Aset

1967

Tahun Ditubuhkan

PRODUK

Pembiayaan KGMB

Kami sentiasa menyokong impian dan hasrat anda demi keselesaan dan keceriaan dalam menjalani kehidupan.

FAEDAH MENJADI ANGGOTA

Manfaat KGMB

Manfaat KGMB kepada anggota merangkumi kemudahan pembiayaan dengan kadar kompetitif, sokongan Tabung Kebajikan AM untuk situasi kritikal, peluang menyimpan dan menerima dividen tahunan, serta perlindungan insuran berkelompok (Takaful). Semua ini menyumbang kepada kestabilan kewangan, kebajikan, dan kesejahteraan anggota serta keluarga mereka.

Langkah Bijak Kewangan Anda

Dengan KGMB, nikmati sokongan kewangan, perlindungan kebajikan, dan peluang pelaburan. Sertai KGMB hari ini dan nikmati manfaat eksklusif untuk anda dan keluarga!