Menggalakkan penglibatan guru dalam koperasi bagi membantu diri sendiri dan rakan anggota.
Menanamkan sikap berjimat cermat di kalangan anggota.
Menyediakan kemudahan pembiayaan kewangan yang fleksibel untuk anggota.
Mendorong anggota menyimpan dan melabur dalam aktiviti koperasi.
Menguruskan Tabung Kebajikan AM bagi menjaga kebajikan anggota.
Menyediakan Polisi Insuran Berkelompok (Takaful) untuk perlindungan anggota.
Merancang dan melaksanakan aktiviti yang menguntungkan koperasi dan anggota.
Matlamat ini mewujudkan komuniti guru yang berdikari, berkebajikan, dan berdaya maju dalam aspek ekonomi.
VISI
Sebuah koperasi kredit yang BESAR berlandaskan prinsip kesejahteraan untuk anggota-anggotanya.
MISI
Ke arah sebuah koperasi kredit yang memperjuangkan kesejahteraan untuk anggota-anggotanya berteraskan syariah, mengutamakan kualiti dan kukuh dalam aspek keanggotaan, kewangan, pelaburan dan pengurusan modal insan.
MISI
Ke arah sebuah koperasi kredit yang memperjuangkan kesejahteraan untuk anggota-anggotanya berteraskan syariah, mengutamakan kualiti dan kukuh dalam aspek keanggotaan, kewangan, pelaburan dan pengurusan modal insan.
SEJARAH PENUBUHAN KGMB
Idea awal penubuhan KGMB bermula di sekitar tahun 1961 oleh sekumpulan guru-guru yang prihatin terhadap masalah kewangan yang timbul dalam kalangan warga pendidik Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah Kebangsaan Brickfields (1) Kuala Lumpur menjadi lokasi pertama bagi Jawatankuasa Penaja bagi menggerakkan langkah penubuhan dengan mengadakan promosi dan kempen keanggotaan di sekitar sekolah-sekolah Kuala Lumpur dan Selangor.
28 April 1967
28 April 1967
Ditubuhkan dengan nama The Malaysian Teacher’s Co-operative Society Limited.
KGM telah didaftarkan di bawah akta syarikat dengan nama Syarikat Kerjasama Jimat-Cermat dan Pinjam-Meminjam (no pendaftaran : 4320).
Keanggotaan pada awal hanyalah seramai 100 orang anggota dan seorang kakitangan sahaja, Puan Malkit Kaur.
Beralamat di Kuala Lumpur. Lokasi alamat adalah sebuah rumah yang diubahsuai menjadi pejabat pengurusan KGMB yang pertama.
1970-an
1970-an
Berpindah dan menyewa di lot pejabat di Bangunan Hardware, Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. ( Kini adalah Bangunan Maybank Jalan Chow Kit).
Sekali lagi berpindah dan menyewa di Bangunan China Insurance (kini adalah bangunan Sogo).
1976
1976
Penukaran nama The Malaysian’s Co-Operative Thrift and Loan Society kepada The Malaysia Teacher’s Co-operative Society Limited atau KGMB
1982
1982
Pembelian bangunan pertama di Kompleks Udarama, Jalan Ipoh Kuala Lumpur.
Merupakan pejabat pengurusan dan operasi KGMB ketika itu.
1987
1987
KGMB membeli sebuah lagi bangunan di Kompleks Damai, Jalan Dato’ Haji Eusoff, Kuala Lumpur.
Bangunan ini dikenali sebagai Wisma KGMB 1.
Merupakan pejabat operas rasmi KGMB sehingga kini.
1988
1988
Perjanjian pembelian komputer di antara KGMB dan Business Computer Sdn Bhd.
1990
1990
Mesyuarat agong tahunan ke-22 yang dirasmikan oleh Y.B Datin Paduka Hajjah Zaleha Ismail (Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia).
1993
1993
Ulangtahun KGMB yang ke 25 tahun.
Perasmian bangunan KGMB oleh Y.B Dato’ Syed Hamid Bin Tan Sri Syed Jaafar Albar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri & Menteri Undang-Undang Malaysia)
1994
1994
KGMB telah membeli satu lagi bangunan yang terletak bersebelahan Wisma KGMB 1.
Ia dikenali sebagai Wisma KGMB 2.
2000
2000
Seminar dan mesyuarat agung yang ke-32
Dirasmikan oleh Profesor Diraja Dr. Haji Ungku Abdul Aziz.
2002
2002
Penyampaian sumbangan kepada anak anggota kerana penyakit kronik.
2003
2003
Mesyuarat agung ke-35.
2006
2006
Mesyuarat agung ke-38.
2009
2009
Mesyuarat agung ke-41.
2024
2024
KGMB beroperasi dengan kakitangan seramai 9 orang dan mempunyai seramai 11,000 anggota.