Manfaat Anggota KGMB
DIVIDEN TAHUNAN
Pembayaran yuran keanggotaan adalah juga simpanan bagi anggota. Anggota berpeluang menikmati dividen berdasarkan jumlah simpanan, yang akan dimasukkan ke akaun bank anggota. Perkiraan dividen adalah berdasarkan keuntungan tahunan koperasi.


GANJARAN PERSARAAN
Anggota KGMB akan menikmati wang ganjaran persaraan anggota sebaik sahaja anggota itu bersara wajib. Proses ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan selepas anggota itu bersara wajib.


TABUNG KEBAJIKAN AM
KGMB memberi sumbangan kewangan kepada anggota dalam situasi kritikal seperti kematian, penyakit kronik, bencana alam dan dermasiswa.
PEMBIAYAAN
KGMB menawarkan pembiayaan dengan syarat mudah dan kadar kompetitif untuk membantu anggota menangani keperluan kewangan seperti kecemasan, pembelian aset, dan pendidikan, memudahkan pengurusan kewangan serta pencapaian matlamat kewangan mereka.

