Pelan Perlindungan Insurans Berkelompok

Pelan Perlindungan Berkelompok adalah polisi perlindungan yang melindungi anggota-anggota KGMB di bawah satu pelan perlindungan bersama. Manfaatnya termasuk kos premium yang lebih rendah berbanding pelan individu, akses kepada perlindungan penting seperti perlindungan hayat atau hilang upaya, serta proses pengurusan yang lebih mudah. Dengan adanya perlindungan seperti ini, kebajikan anggota sentiasa terpelihara seterusnya membantu di kala mereka memerlukan bantuan di luar jangka.

Pelan Perlindungan Insurans Berkelompok KGMB

PerlindunganNilai Perlindungan (RM)
36 Penyakit KritikalSehingga 10,000.00
Kematian akibat penyakit biasaSehingga 10,000.00
Kematian akibat kemalanganSehingga 20,000.00
Khairat kematian2,000.00

Potongan pelan perlindungan berkelompok : RM10.00 sebulan

36 jenis penyakit kritikal
  • Serangan jantung
  • Strok
  • Kanser
  • Penyakit arteri koronari yang memerlukan pembedahan pintasan
  • Kegagalan buah pinggang
  • Penyakit paru-paru kronik
  • Penyakit hati kronik
  • Koma
  • Sklerosis berbilang
  • Meningitis bakteria
  • Hepatitis viral yang teruk
  • Trauma kepala yang serius
  • Luka terbakar tahap ketiga.
  • Penyakit Alzheimer / Demensia teruk
  • Penyakit Parkinson yang teruk
  • Penyakit neuron motor
  • Pembedahan aorta
  • Pembedahan injap jantung
  • Kehilangan penglihatan (Buta)
  • Kehilangan pendengaran
  • Kehilangan keupayaan pertuturan
  • Anggota badan yang lumpuh
  • Penyakit terminal
  • Distrofi otot
  • Poliomielitis
  • Ensefalitis
  • Penyakit autoimun yang teruk
  • Lupus Eritematosus Sistemik dengan komplikasi buah pinggang yang teruk
  • Keadaan vegetatif kekal
  • Penyakit hati tahap akhir
  • Penyakit paru-paru tahap akhir
  • Hipertensi pulmonari primer
  • Penyakit sistem saraf utama
  • Kardiomiopati
  • HIV yang dijangkiti melalui pemindahan darah atau pekerjaan
  • Anemia aplastik yang teruk