Ganjaran Persaraan / Berhenti

Pembayaran wang ganjaran persaraan anggota akan diproses sebaik sahaja anggota itu bersara wajib. Walau bagaimanapun, wang simpanan/caruman akan dibuat pembayaran balik setelah segala urusan dengan BIRO ANGKASA selesai. Proses ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan selepas anggota itu bersara wajib.
Ganjaran Persaraan
Setiap anggota yang aktif selama 15 tahun ke atas dan berumur lebih 55 tahun adalah layak menerima ganjaran seperti berikut:
- Jika telah menjadi anggota secara berterusan selama 15 tahun dan berumur lebih 55 tahun, layak menerima ganjaran sebanyak RM1,500.00.
- Jika menjadi anggota secara berterusan selama 16 tahun ke atas, layak menerima tambahan ganjaran sebanyak
RM100.00 setiap tahun. - Ganjaran maksimum adalah sebanyak RM3,000.00.
Jadual Pembayaran Ganjaran Persaraan/Berhenti
Tempoh Keanggotaan (Tahun) | Ganjaran (RM) |
---|---|
15 | 1,500.00 |
16 | 1,600.00 |
17 | 1,700.00 |
18 | 1,800.00 |
19 | 1,900.00 |
20 | 2,000.00 |
21 | 2,100.00 |
22 | 2,200.00 |
23 | 2,300.00 |
24 | 2,400.00 |
25 | 2,500.00 |
26 | 2,600.00 |
27 | 2,700.00 |
28 | 2,800.00 |
29 | 2,900.00 |
30 | 3,000.00 |
Pulangan Yuran Anggota
- Yuran anggota yang terkumpul akan dipulangkan sepenuhnya apabila bersara.
- Permohonan pemulangan yuran anggota perlu disertakan dengan surat rasmi dan dokumen-dokumen sokongan.
- Proses pembayaran akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh permohonan.