Dividen

Pembayaran yuran keanggotaan adalah juga simpanan bagi anggota. Anggota berpeluang menikmati dividen berdasarkan jumlah simpanan, yang akan dimasukkan ke akaun bank anggota. Perkiraan dividen adalah berdasarkan keuntungan tahunan koperasi.
Nilai Dividen 2019-2023 (Peratusan)
Prestasi 5 tahun terakhir pembayaran dividen oleh Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad adalah seperti berikut:

Tahun | Dividen (Peratusan) |
---|---|
2019 | 2.8 |
2020 | 3.2 |
2021 | 3.4 |
2022 | 1.5 |
2023 | 2.7 |
Syarat-Syarat
- Bayaran DIVIDEN ATAS YURAN adalah secara online ke akaun anggota.
- Bank yang digunakan hanya MAYBANK, CIMB, BSN dan Bank Muamalat.
- Bagi anggota yang tidak memberi nombor akaun ( 4 bank di atas), dividen atas yuran akan dimasukkan ke yuran simpanan anggota.