Cara Menyertai KGMB
SYARAT
KEANGGOTAAN
- Berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Umur tidak melebihi 50 tahun.
- Potongan gaji di BIRO ANGKASA tidak melebihi 60%
FI DAN POTONGAN BULANAN MENJADI ANGGOTA KGMB
Bil. | Perkara | Potongan (RM) |
---|---|---|
1 | Fi proses (Sekali sahaja) | 30.00 |
2 | Bayaran Yuran Bulanan Minimum (Setiap bulan) | 30.00 |
3 | Tabung Kebajikan AM (Setiap bulan) | 10.00 |
4 | Pelan Perlindungan Berkelompok (Setiap bulan) | 10.00 |
5 | Saham (Pemotongan selama 5 bulan pertama sahaja bagi anggota baru) | 20.00 |
LANGKAH MEMOHON KEANGGOTAAN KGMB
1
Muat turun Borang Permohonan Menjadi Anggota.
2
Lengkapkan borang permohonan.
3
Lengkapkan Borang Angkasa.
4
Hantar Borang Permohonan & Borang Angkasa ke Pejabat KGMB.
DOKUMEN
DIPERLUKAN
- Borang Menjadi Anggota
- Borang BPA 1/79
- Salinan penyata gaji terbaru dengan cetakan kod QR (2 salinan)
- Salinan kad pengenalan (2 salinan)
- Gambar berukuran pasport (1 keping)
Soalan Lazim
- Anggota yang ingin berhenti perlulah mengemukakan notis secara bertulis kepada KGMB seperti kehendak Perkara 21 Undang-Undang Kecil (UUK KGMB).
- Anggota yang berhenti kerana bersara wajib, bersara pilihan dan meletak jawatan perlulah menyerahkan salinan bukti lengkap.
- Wang Caruman Anggota akan dikembalikan selepas 12 bulan daripada tarikh permohonan berhenti, kecuali anggota yang bersara wajib, bersara pilihan dan meletak jawatan perkhidmatannya.
Rujuk pada buku Undang-Undang Kecil KGMB 21 (1) dan (2)
Anggota baru akan dibekalkan dengan Buku Undang-Undang Kecil KGMB.